Posts

Showing posts from November, 2009

Old Songs

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

8 Fakta Menarik Tentang Mati

#1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuhan. #2. Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal! #3. Apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)! #4. Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol. #5. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan. #6. Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Satu lagi fakta, mayat me

DABAI

Image
Di Sarawak sekarang, jikalau korang singgah ke pasar basah untuk beli barang keperluan dapur, anda akan terlihat satu buah yang sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah "dabai". Kebiasaannya buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi feberet dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga. Kebiasaannya, buah dabai direndam terlebihh dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian airnya dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan bersama kicap atau garam. Biji dabai pula terdapat isi yang berwarna hijau. Rasenye seperti 'kacang'. Sedapppp....