Sunday, December 27, 2009

Lelaki Hampir dibaham Polar Bear..

BARROW - Seorang lelaki di Alaska mengalami pengalaman menakutkan selepas dia hampir dibaham oleh seekor beruang kutub, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu yang bekerja sebagai juruukur terserempak dengan haiwan ganas tersebut ketika kembali ke kenderaannya di bandar Barrow di Alaska, Amerika Syarikat (AS).

Mangsa yang tidak sempat membuka kunci pintu kereta cuba menyembunyikan diri di sebalik kenderaannya tetapi gagal mengaburi penglihatan beruang kutub itu.

Dia kemudian terpaksa berlari mengelilingi kenderaannya beberapa pusingan selepas beruang itu mengejarnya.

Beruang itu dilihat cuba menerkam dan mencakar lelaki itu malah ia memanjat bonet kereta selepas gagal menangkap mangsanya.

Bagaimanapun, adegan kejar-mengejar itu berakhir selepas lelaki tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam sebuah kenderaan berdekatan yang tidak berkunci.

Lelaki itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas belakang dan kepalanya cedera dicakar haiwan ganas tersebut.

No comments:

Post a Comment